31 Ogos 2013

budak sekolah bunuh diri setelah kekasih tidak bertanggungjawab

   Salam sejahtera keatas kamu.....bersua kembali kita di sudut bicara labu emas,bersama saya dalam coretan kisah cinta yang menyayat hati.kisah ini,antara kisah nyata yang saya lihat dan saksi kan di hadapan mata satu ketika dahulu...

Ketika itu saya berada di tingkatan lima,dan tinggal di asrama,sepasang kekasih yang hangat bercinta,walaupun hanya cinta di bangku sekolah atau cinta monyet,namun keakraban mereka sentiasa menjadi perhatian ramai,Safuan dan Haslinda,pasangan kekasih sebaya dan satu kelas dengan saya,dalam sebulan  mungkin cuma sekali sahaja mereka kembali ke kampung,banyak masa di habiskan bersama di perpustakaan,taman rekriasi sekolah untuk bercinta ketika tiada aktiviti di sebelah petang,sehingga Safuan di pinggirkan oleh rakan-rakan kelas dan asrama,kerana terlalu banyak bersama kekasih nya Linda,

Sejak dari tingkatan tiga mereka berkasih,sehingga ke tingkatan lima,namun tiada kejahatan yang mereka lakukan,namun sejak menghampiri SPM,hubungan mereka semakin hambar,bila Safuan mula rapat dengan cikgu sejarah,dan perkara tersebut telah sampai ke pengetahuan Linda,jelas kelihatan di wajah Linda akan kekecewaan,sehingga lah berlaku pertengkaran antara Safuan dan Linda dalam kelas selepas waktu rehat,dalam kemarahan Linda memberitahu Safuan dan didengari semua orang,bahawa Linda telah mengandung 4 bulan hasil dari hubungan terlarang antara mereka,namun tiada sikit pun wajah kesal atau sebalik nya,malah Safuan menafikan perkara tersebut,waktu itu,saya dan rakan membantu melerai kan pergaduhan,bila Safuan cuba membaling kerusi kayu kearah Linda,dengan suara terketar-ketar,Linda mencampak kan alat uji kehamilan di hadapan Safuan,dan memberitahu,cuma Safuan lelaki yang pernah bertamu di hati Linda,namun Safuan tetap dengan keputusan nya,iaitu tidak mengaku dan  memutuskan hubungan nya dengan Linda,malah mengeluarkan kata-kata kesat serta memaki hamun Linda,Linda duduk dalam keadaan sedih,sambil di tenang kan oleh pelajar perempuan yang lain.

Keesokan hari nya,ibubapa Linda datang dan berjumpa dengan Safuan untuk membincangkan masaalah mereka dengan cara baik,setelah di pertemukan dengan pengetua dan guru disiplin,Safuan tetap mengatakan yang dia tidak pernah menyentuh tubuh Linda,Sambil menjunjung Al quran,Safuan berkata,jika anak dalam perut betina tu anak aku,aku sanggup jadi gila......begitu lah antara kata-kata Safuan,saya selaku ketua pelajar menegur perbuatan Safwan tersebut,malah di tawar bertumbuk dengan Safuan,begitu juga Linda bermati-matian mengatakan anak dalam kandungan nya anak safuan.

Atas nasihat pengetua,mereka di beri waktu seminggu untuk menyelesaikan masaalah tersebut,tanpa pengetahuan pihak berkuasa.namun keesokan hari nya,Haslinda di temui tidak sedarkan diri,dengan mulut berbuih dalam bilik air wanita.masuk campur pihak berkuasa,mengesah kan kematian Linda berpunca dari Racun tikus yang di makan dalam kuantiti yang banyak,tiada siapa yang berani menyentuh tubuh Linda yang kaku,kecuali polis dan pihak Hospital.namun Safuan menghilangkan diri entah kemana,sehingga berberapa hari selepas itu,Johan kelihatan seperti kurang siuman dan sentiasa bercakap sendiri,ketika di temui di belakang stor sekolah,Safuan melarikan diri,namun ketika berlari kearah luar sekolah,Safuan di rempuh sebuah Van pengedar Rokok.

Ketika Safuan sedang bertarung nyawa,cikgu sejarah yang menjadi kegilaan safuan datang dengan suaminya,serta memberi kata-kata semangat buat Safuan,namun seperti mencurah air ke daun keladi,Safuan hanya berdiam diri,dan terus memandang tepat kearah cikgu kesayangan nya tanpa bersuara,dalam kesakitan,Safuan menjerit sambil ketawa,dan membuat pengakuan,bahawa anak dalam kandungan Linda memang anak dia.....namun segalanya berakhir begitu sahaja,bila Safuan menghembuskan nafas terakhirnya.....

Setelah mendapat lapuran bedah siasat,mayat Safuan di tuntut oleh keluarga nya untuk di kebumikan,namun ketika mayat hendak di mandikan,semua seolah-olah terperanjat melihat jasad Safuan yang membengkak,serta mengeluarkan nanah dari  kemaluan nya.setelah selesai baru lah jenazah di sembahyangkan dan di bawa ke tanah perkuburan untuk di semadikan,namun bila tiba di tanah perkuburan,tiada satu pun liang lahat yang siap di korek.

 Dengan bantuan ahli JKK kampung,liang lahad sempurna di korek,dan jenazah Safuan disempuernakan dengan selamat,..sekian dahulu,dari saya,semoga  menjadi iktibar,

3 ulasan:

  1. Betul-betul kisah benar ke ni??

    http://akin07.blogspot.com/

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya..cuma kisah ini tidak terpampang di dada akhbar,

      Padam
  2. Cerita yang bagus.. teruskan..
    Tumpang Iklan
    Ha...Besar macam ni baru mengancam
    >>>Baca Sini Kalau Berani!<<<

    BalasPadam